raisyafika ab rahim !: November 2012

Followers

Thursday, November 01, 2012

NOVEL : HATI BILA CINTA




Sinopsis - :

Dua-dua tak sebulu . Hari-hari kerja mereka bergaduh saja. Macam anjing dengan kucing. Boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama ?

Tetapi , dalam benci ada cinta . Mulut kata benci, hati kata cinta.

DZ tak mengalah walaupun berkali-kali dia ditolak. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya. Dendam sudah bertukar menjadi rindu dan sayang.

Bagi Fenn , cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yang paling dicintainya. Tapi siapa yang mampu mengelak kehendak Tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ kedalam jiwanya.

"Cinta Iqram Dzulqarnain hanya untuk Nur Fazreen ."

Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama ?

ULASAN DARI SAYA AFTER BACA INI NOVEL !

Nur Fazreen ( Fenn ) seorang janda berhias yang kematian suaminya pada hari selepas mereka nikah kerana Accident. so selepas kejadian tersebut Fenn seolah-olah sudah malas untuk mencari pengganti suaminya . tapi selepas pertemuannya dengan Iqram Dzulqarnain (DZ ) tempoh hari di  MCD telah menjadi hidupnya kelam kabut dek perangai  Puan Syarifah yang ingin menjadikan Fenn sebagai menantunya . pelbagai cara digunakan untuk membuatkan DZ jatuh hati pada Fenn . sehingga menimbulkan kemarahan DZ apabila ibunya Puan Syarifah telah jatuh sakit akibat Fenn menolak pinangan dari ibunya . sejak dari itu DZ mula menyimpan dendam terhadap Fenn dan demi untuk menjaga hati ibunya Dz sangup mengikut sahaja plan ibunya yang ingin menjodohkannnya dengan Fenn . walaupon masing-masing tidak suka sebenarnya dengan plan yang dibuat olah Puan Syarifah itu yang ingin menjodohkan mereka berdua .

DZ yang sebelumnya menyimpan dendam pada Fenn akhirnya dendam itu berubah menjadi sayang . yang dulunya benci tahapp biawak kini sudah sayang bagai nak rak . dan nak tahu ke tidak mereka jadi kawen or tak ? kena lah baca sendiri dan dapatkan novel HATI BILA CINTA ini . serius gempak beb !


Copyright © 2012 Bebelan Keyboard CikMunBlogger powered by PurpleWorld | Full Designed by CikMunBlogger