raisyafika ab rahim !: bertudung umpama emas tulen yang tinggi kualitinya .

Followers

bertudung umpama emas tulen yang tinggi kualitinya .




jangan kau sangka labuh tudungku tanda alimnya diriku ..aku juga sepertimu masih mencari2 segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan ku kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi tetapi melindungi juga mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlak itu bunga diri .



terlalu ramai kat *mukabuku yang sering buat status menyatakan orang yang bertudung tidak semestinya baik , dan yang tak bertudung tak semestinya jahat . , bila diberi nasihat ada yang kata : 
“Awat orang yang bertudung tu,dah sah ker masuk syurga ?”Tidak semestinya orang(wanita) bertudung itu semuanya baik.”Pakai tudung tetapi aurat masih terdedah” .

macam-macam kan alasan yang akan kita dengar .  jangan disebabkan oleh sesetengah pihak yang bertudung berbuat demikian terus orang yang tidak memakai tudung membuat tanggapan yang tak semestinya orang yang memakai tudung tu semuanya baik .

seorg ustaz pernah ckp,
"pakai tudung xsemestinya baik...
tp xpakai tudung,mmg dah tentu2 xbaik..
sbb berani ingkar arahan Allah.." 

dan ada juga seorang lelaki meminta supaya ustaz menerangkan dengan lebih mendalam berkenaan wanita bertudung ini dan kenapa wanita perlu bertudung ? lalu ustaz tersebut menyuruh laki itu membandingkan emas yang dijual di kedai emas dengan emas yang dijual di pasar malam mana yang lebih bagus dan berkualiti . dan lelaki tersebut dengan pantas menyatakan bahawa emas yang di jual di pasar malam adalah palsu , murah dan tidak berkualiti tetapi emas yang dijual dikedai emas adalah emas tulen , emas mahal yang berkualiti tinggi .

lalu .. Sekali lagi ustaz tersebut meminta lelaki tadi untuk menyatakan bagaimana keadaan emas yang berada di pasar dan di kedai emas. Lelaki tersebut menyatakan bahawa emas yang berada di jual di pasar malam biasanya tiada orang mahu mencurinya dan boleh ditinggalkan dengan amannya. Manakala emas yang dijual di kedai emas dijaga dengan penuh rapi, dan sentiasa di jaga oleh pengawal keselamatan untuk mengelakkan dari dicuri untuk mendapatkan nilainya yang sangat mahal.di sini bukan nak cerita tentang mana baiknya emas tapi nak suruh kita berfikir dan faham betul-betul apa yang mahu ustaz itu terangkan pada lelaki tersebut . 

kita boleh umpamakan wanita yang bertudung adalah seperti  emas yang berada di kedai emas, sangat terjaga dari segi tatasusilanya, menjaga kehormatannya dan menjaga agamanya. Manakala wanita yang tidak bertudung seumpama emas di pasar malam di mana nilainya sangat rendah, kurang bertatasusila, tidak menjaga kehormatannya (auratnya) seolah2 tidak patuh dengan ajaran agama yang dianutinya.

jadi tolong jangan buat statement yang wanita bertudung ni tak semestinya baik kerana ia akan menjatuhkan maruah anda sendiri seolah-olah anda mengatakan yang wanita tak bertudung itu lebih baik dari yang bertudung. sesungguhnya kita bertudung adalah niat kerana allah . kerana suruhan allah . jangan jadikan alasan sebegitu untuk tidak bertudung kerana jika kita tidak bertudung sudah terang terang lagi kita telah melanggar suruhan allah dan menolak apa yang disuruhnya .. 

sekian , yang baik dari allah dan yang buruk dari diri saya sendiri .




No comments:

Copyright © 2012 Bebelan Keyboard CikMunBlogger powered by PurpleWorld | Full Designed by CikMunBlogger