raisyafika ab rahim !: PETUA SIHAT DAN AWET MUDA SELALU

Followers

Wednesday, December 19, 2012

PETUA SIHAT DAN AWET MUDA SELALU



Nak wajah cantik , molek & sentiasa nampak muda ? haa . petuanya meh saya nak bagitau .

  • untuk wajah kelihatan segar dan berseri-seri . cucilah wajah anda minima 5 kali sehari dengan air wudhuk . Jangan langsung dikeringkan , biarkan menitis dan kering sendiri . lalu ambillah sejadah , solat berzikir dan berdoa .
  • dan untuk mehilangkan stress pula . Perbanyaklah "Olahraga" . ya itu  dengan memperbanyakan solat . kerana ketika kita solat . kita telah mengerakkan seluruh tubuh kita. lalu selepas solat berkomunikasilah pada Allah swt dengan zikir dan doa .
  • untuk nak bagi muka sentiasa lembab pula dan sentiasa nampak awet muda . gunakanlah senyuman . insya'allah kalau kita senyum dengan ikhlas pada orang lain bukan hanya senyuman yang terukir dari bibir tapi ikhlas dari hati . insya'allah muka kita akan sentiasa nampak berseri & awet muda . dan jangan kita lupa bisikan kata kunci ketika kita melihat cermin " Allahumma kama hasanta khalqi fahassin khuluqi" ( Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku , maka perindah pula akhlaqku ) -HR AHMAD .doa ketika melihat cermin .
  • bagi yang nak punya bibir yang cantik . sentiasalah bisikan kalimat-kalimat Allah dengan tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain . dan tidak menyombongkan diri atau takbur.
  • inginkan tubuh yang langsing seperti erra fazira , ziana zain . tak perlu nak diet hingga sanggup berlapar dengan tidak memakan nasi . tapi diet lah dengan cara yang betul . untuk diet yang teratur . berpuasalah seminggu 2 kali . isnin dan khamis .. jika kuat anda boleh puasa Nabi Daud as dengan berpuasa selang sehari . makanlah makanan yang halal , banyakkan makan sayur , buah-buahan  dan minum air putih.
  • & untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan . dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi .

No comments:

Copyright © 2012 Bebelan Keyboard CikMunBlogger powered by PurpleWorld | Full Designed by CikMunBlogger